![]() |
| Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia |
![]() |
| Harimau Muda atau Garuda Muda? |
Penantian dan debaran selama 120 minit di Gelora Bung Karno,Jakarta berakhir dengan kemenangan wira-wira Malaysia. Ngauman Harimau Muda akhirnya berjaya mematahkan sayap Garuda di persada sendiri. Kemenangan ini juga telah berjaya menutup hampir 80 000 penyokong fanatik Indonesia yang sudah mula menunjukkan riak wajah kecewa mereka malam semalam. Seawal minit kelima, Indonesia berjaya menjaringkan gol pertama melalui sepakan sudut dan hasil tandukan Gunawan. Namun, semangat pasukan Malaysia tidak mudah lebur begitu sahaja. Mereka akhirnya berjaya membuktikan kekuatan semangat mereka melalui tandukan ke dalam gawang pasukan Indonesia oleh Asrarudin. Separuh masa pertama dengan jaringan seri Indonesia 1 - Malaysia 1.
Separuh masa kedua menampilkan serangan-serangan kencang daripada Garuda Indonesia yang kelihatan tertekan dengan situasi seri mereka dengan pasukan Malaysia. Namun, setiap serangan tersebut berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek. Begitu juga dengan Malaysia, setiap serangan ke arah gawang Indonesia berjaya dipatahkan oleh kehebatan penjaga gol pihak lawan, Miega. Pasukan masing-masing bertahan dengan jaringan satu sama sehingga tamat separuh masa kedua dengan tambahan masa 3 minit. Pengadil terpaksa menambah 30 minit masa tambahan untuk menentukan juara perlawanan tersebut. Namun, perlawanan berterusan tanpa sebarang gol daripada kedua-dua pasukan.
Akhirnya, juara terpaksa diketahui melalui sepakan penalti kedua-dua pasukan. Sepakan pertama dimulakan oleh pemain Indonesia. Debaran kian memuncak apabila wisel ditiup oleh pengadil. Bola ditendang!Khairul Fahmi sudah dapat membaca arah tendangan bola tersebut, namun berjaya dibolosi ke dalam gol Malaysia. Seterusnya, sepakan penalti untuk pemain Malaysia yang pertama iaitu Mahali. Debaran penonton Malaysia dan Indonesia terlerai apabila Mahali berjaya membolosi gawang Indonesia. Titus Bonai dengan yakinnya dapat menjaringkan sepakan penalti kedua akhirnya terpaksa akur kerana gagal mendapat mata kedua Indonesia. Bola yang ditendang telah terkena tiang gol Malaysia. Seluruh penyokong Indonesia pasti terkejut dengan kegagalan tersebut. Asrarudin menanggung tanggungjawab kedua dan berjaya mendapatkan mata kedua untuk Malaysia. Sepakan ketiga Indonesia juga berjaya mengumpul mata kedua buat mereka begitu juga pasukan Malysia yang kini memperoleh mata ketiga. Namun, penyokong Malaysia agak kecewa dengan sepakan keempat pemain Malaysia iaitu Ahmad Fakri yang agak lemah sekali gus mengagalkan sepakan tersebut untuk memasuki gawang Indonesia. Walau bagaimanapun, Fakri tetap diberikan tepukan semangat oleh rakan-rakan seperjuangan. Untuk sepakan keempat Indonesia, mereka berjaya memungut mata ketiga dan sekarang seri 3 mata barsama-sama Malaysia. Sekali lagi Malaysia mengukir senyuman atas kegagalan pemain Indonesia untuk membolosi gawang Malaysia buat sepakan penalti yang terakhir. Kini, debaran kembali memuncak apabila tiba giliran Baddrol Bakhtiar sebagai harapan terakhir Malaysia untuk merangkul pingat emas. Debaran demi debaran akhirnya terungkai. Sepakan ketua pasukan Malaysia berhasil apabila berjaya memasuki gawang Indonesia dan seterusnya mendapatkan mata keempat untuk Malaysia. Hasil tungkus lumus mereka akhirnya berjaya menbawa pulang pingat emas untuk Malaysia sekali gus menutup keegoan penyokong-penyokong Indonesia. Wajah-wajah sedih penyokong Indonesia akhirnya muncul di Stadium Gelora Bung Karno. Terlalu berbeza dengan riak wajah pemain dan penyokong Malaysia yang tidak henti-henti senyum lebar hingga ke telinga atas kemenagan malam semalam.
![]() |
| Malaysia is our hero! |
Tahniah Malaysia! Terima Kasih Asrarudin, Baddrol Bakhtiar, Khairul Fahmi Che Mat dan semua pemain pasukan Harimau Muda Malaysia.



0 comments:
Post a Comment